Perutusan Tunku Abdul Rahman
"Bahawa
di dalam perjalanan manusia tidak ada suatu bangsa pun yang boleh
menyelamatkan dirinya jikalau bangsa itu berdiam diri memeluk tubuh
selama-lamanya. Sudah
semestinya bangsa itu harus memilih suatu antara dua arah - maju atau
mundur. Ini terserah kepada kesanggupan dan kesedaran bangsa itu
menghadapi perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan.
Manakala rakyat itu di dalam keadaan berpuas hati dengan taraf dan kedudukannya yang ada maka sentiasalah mereka merasa bimbang atas sebarang perkara yang harus membawa perubahan. Mereka akan merasa curiga terhadap sebarang langkah atau seseorang yang membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru.
Tetapi kerana sejarah manusia adalah sejarah perubahan-perubahan dan kemajuan untuk mencipta suatu yang telah baik dan sempurna, bangsa yang merasa kepuasan tadi akan tinggal semakin jauh kebelakang dan akhirnya hilang lenyap dan hanya akan ditimbulkan kembali oleh ahli-ahli sejarah yang akan datang.
Kita adalah amat beruntung kerana bangsa kita telah dikurniakan Tuhan Yang Maha Kuasa dengan ketabahan dan keberanian.
Kita adalah suatu bangsa yang pernah menikmati kebesaran dan mempunya pusaka kebangsaan yang gilang gemilang.
Sungguhpun perjalanan sejarah telah menukarkan nasib kita daripada suatu bangsa yang merdeka dan agong kepada bangsa yang hina dan terjajah, namun kita masih tetap dapat mempertahankan anugerah-anugerah Tuhan yang berupa kebesaran jiwa, rasa kemuliaan. Keadilan dan semangat yang tidak dapat dipatahkan, sementara kita tertakluk di bawah penjajahan lebih dari 400 tahun lamanya.
Ketahuilah bahawa kita rakyat Malaya adalah bersatu padu di dalam maksud kita mencapai kemerdekaan secara perlembagaan dan pada hari ini maksud kita itu telah kita capaikan.
Dari itu dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, saya, atas nama rakyat Malaya mengistiharkan bahawa Kemerdekaan Penuh Persekutuan Tanah Melayu (di dalam Komanwel) menurut perjanjian yang telah dicapai di London akan dilaksanakan pada 31hb Ogos 1957, pohon Allah izinkan."

Perutusan Tarikh Kemerdekaan Malaya
Melaka, 20 Februari 1956